Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
WAKIL DARI KUMPULAN BANK DUNIA MELAWAT KE JPE

Sesi teknikal mengenai permohonan bekalan elektrik, Keselesaan Berniaga di Brunei

Jabatan Perkhidmatan Elektrik telah mengalukan lawatan Yang Mulia Tuan Jean Arlet dan Tuan Edgar Chavez, Penganalisa Operasi dari Kumpulan Bank Dunia yang telah melawat Stesen Janakuasa Elektrik Bukit Panggal, Tutong pada 24hb Mei, 2016.  Juga hadir ialah YM Dato Paduka Awang Haji Jamain Hj Julaihi, Setiausaha Tetap di Jabatan Tenaga dan Industri, YM Awang Muhammad Norshafiee bin Dato Paduka Hj Abd Jalil, Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Tenaga dan Industri  dan pegawai-pegawai kanan dari Unit EODB dan Penguatkuasaan, Pejabat Perdana Menteri.

Sesi Teknikal bermula dengan sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Pengarah Perkhidmatan Elektrik, YM Pengiran Jamra Weira bin Pengiran Hj Petra, diikuti oleh lawatan ke Kawalan Sentral SCADA.

Lawatan tersebut adalah antara beberapa siri lawatan ke agensi-agensi kerajaan dan organisasi-organisasi di Brunei Darussalam bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha yang telah dilaksanakan bagi menggalakkan iklim perniagaan di Negara Brunei Darussalam.  Laporan Editorial mengenai perniagaan, DB2017 akan dicetak pada penghujung bulan Oktober.

Attachments
Created at 10/6/2016 3:36 PM by David Anak Bujang
Last modified at 10/6/2016 3:36 PM by David Anak Bujang