Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
ROMBONGAN DARI IPA, INTAN DAN CSC ADAKAN LAWATAN KE JPE

Barakas, 21 Rabiulawal 1440/29hb November, 2018   Satu rombongan yang terdiri dari 30 orang peserta program dari Institut Pentadbiran Awam (IPA) Negara Brunei Darussalam, Institut Awam Negara (INTAN) Malaysia dan Civil Service College (CSC) Singapura telah mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Elektrik. 

Timbalan Pengarah JPE, Yang Mulia Awg Lim Soon Khiong telah mengalu-alukan kedatangan rombongan dan beliau berharap lawatan sedemikian akan mengeratkan lagi hubungan rapat yang sedia ada diantara negara-negara yang terlibat.  Turut hadir di perjumpaan tersebut ialah ahli-ahli pengurusan kanan dan kakitangan jabatan. 

Antara objektif program adalah untuk membentuk platform bagi peserta untuk saling bertukar pandangan ke atas cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pendadbiran di Perkhidmatan Awam masing-masing diantara ketiga-tiga buah Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura. Ianya juga berhasrat untuk memberi peluang yang lebih baik untuk meluaskan rangkaian kerja diantara pegawai-pegawai Pentadbiran Awam disamping untuk membolehkan para peserta meninjau perkembangan terkini dan inovasi di dalam ketiga-tiga Perkhidmatan Awam.

Tema yang dipilih ialah 'Citizen Centric Civil Service in a Digital World.'

Untuk lebih banyak gambar, sila layari Foto Galeri.


Attachments
Created at 12/1/2018 2:54 PM by David Anak Bujang
Last modified at 12/1/2018 2:54 PM by David Anak Bujang