Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEGAWAI DAN KAKITANGAN JPE TAMAT KURSUS ‘DISTRIBUTION NETWORK POWER SYSTEM (PROTECTION & CONTROL)’

Rimba, 11 Rabiulakhir, 1440 / 17hb Januari, 2019    Jabatan Perkhidmatan Elektrik dengan kerjasama TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. – ILSAS telah mengendalikan kursus 'Distribution Network Power System (Protection & Control)' yang telah diadakan di Institut Perkhidmatam Awam selama 3 hari pada 15hb hingga 17hb Januari 2019.

Objektif kursus ini adalah menerangkan dan menjelaskan keperluan untuk sistem perlindungan, kawalan, kesalahan dan komponennya meliputi sistem pengenalan, aplikasi dan perlindungan yang berkaitan dengan pengedaran voltan tinggi sehingga 11kV. Para peserta kursus juga memperolehi ilmu pengetahuan mengenai teori, tugasan dan kajian kes dengan menganalisis berbagai jenis kesalahan dalam sistem serta meningkatkan tahap keyakinan diri dalam bidang tugasan termasuk fungsi asas dan falsafah sistem perlindungan yang digunakan dalam sistem pengedaran.

Untuk lebih banyak gambar, sila layari Foto Galeri.


Attachments
Created at 1/22/2019 12:15 PM by David Anak Bujang
Last modified at 1/22/2019 12:15 PM by David Anak Bujang