Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PEGAWAI DAN KAKITANGAN JPE TAMAT KURSUS ‘ELECTRICAL INSTALLATION (DOMESTIC & INDUSTRIAL LV MAIN DISTRIBUTION)’

Kuala Belait, 22 Jamadilawal, 1440 / 28hb Februari, 2019    Jabatan Perkhidmatan Elektrik dengan kerjasama Ex-TG Zones Consultant and Services telah mengendalikan kursus 'Electrical Installation (Domestic & Industrial LV Main Distribution)' untuk 12 orang pegawai dan kakitangan JPE.  

Kursus tersebut telah diadakan di Ex-TG Zones Consultant and Services, Kampong Tunggulian, Sungai Liang, Kuala Belait selama 5 hari dari 28hb Januari 2019 hingga 02hb Februari 2019.

Objektif kursus ini adalah untuk membangun peserta dengan pengetahuan asas yang berkaitan dalam bidang pemasangan elektrik, ujian, pemeriksaan, pembaikan, penyelenggaraan dan pemasangan sistem elektrik dan alat untuk sistem voltan rendah di premis domestik dan perindustrian.

Untuk lebih banyak gambar, sila layari Foto Galeri.


Attachments
Created at 2/6/2019 12:30 PM by David Anak Bujang
Last modified at 2/6/2019 12:30 PM by David Anak Bujang