Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
SESI MUZAKARAH RAPATKAN KERJASAMA DENGAN KETUA-KETUA KAMPONG

Berakas, 02hb Jamadilakhir 1440/7hb Februari 2019  - Jabatan Perkhidmatan Elektrik meneruskan sesi permuzakarahan bersama Penghulu dan Ketua-ketua kampong yang meliputi kampong-kampong Ayer di Daerah Brunei dan Muara. 

Sesi Muzakarah telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Dyg Siti Kadzijjah binti Abdul Latif, Ketua Bahagian Perangcangan dan Perkhidmatan Korporat.

Majlis Muzakarah diikuti dengan sesi dialog dimana ketua-ketua kampong sebagai mata dan telinga rakyat, menyampaikan pelbagai isu mengenai perbekalan elektrik di kampong masing-masing yang diambil-maklum oleh pihak Jabatan untuk tindakan pembaikpulihan.

JPE mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua kampong dan berharap forum dan kerjasama seperti ini dapat dipertingkatkan lagi untuk masa akan datang.

Untuk lebih banyak gambar, sila layari Foto Galeri.


Attachments
Created at 2/16/2019 12:48 PM by David Anak Bujang
Last modified at 2/16/2019 12:48 PM by David Anak Bujang