Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JPE ADAKAN MUZAKARAH DI STESEN JANAKUASA GADONG

Gadong, Selasa 09hb Ramadhan 1440H/14hb Mei 2019  - JPE telah mengadakan sesi Muzakarah bersama wakil dari Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian (MEMI) di Stesen Janakuasa Gadong 2 di Gadong.  Sesi Muzakarah telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Abdul Aziz bin Abdullah, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik.  

Hadir di Sesi Muzakarah tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Hj Jamra Weira bin Pengiran Hj Petra, Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga dan Kuasa Elektrik), Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.    

Pemangku Pengarah berkata, Sistem Penjanaan JPE telah mencapai 99.71% reliabiliti dalam tahun 2018 berdasarkan kepada KPI manakala Secondary KPI menunjukkan Janakuasa-Janakuasa yang dijana menggunakan gas (Gas-Driven Power Stations) telah mencapai 99.61% reliabiliti dalam tahun 2018.  Janakuasa Belingus yang bertempat di Daerah Temburong pula mencapai 99.88% reliabiliti pada tahun yang sama.  

Timbalan Setiausaha Tetap mengucapkan tahniah diatas pencapaian yang sangat membanggakan ini dan menambah, ianya adalah hasil usaha secara berpasukan dimana setiap individu telah memainkan peranan penting meskipun peranannya kecil sahaja.  

Muzakarah turut membincangkan mengenai Perancangan Strategik JPE 2019-2024  diikuti oleh sesi Soal-Jawab.

Untuk lebih banyak gambar, sila layari Foto Galeri.


Attachments
Created at 5/21/2019 11:56 AM by David Anak Bujang
Last modified at 5/21/2019 11:56 AM by David Anak Bujang