Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
JPE ANJURKAN MESYUARAT BIMP-EAGA KALI KE-7

Gadong, Rabu 20hb Zulhijjah 1440H/20hb Ogos 2019 -  Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian telah menganjurkan Mesyuarat BIMP-EAGA Kali Ke-7 di Bandar Seri Begawan yang telah dihadiri oleh 60 orang wakil dari BIMP-EAGA Energy Infrastructure Cluster (PEIC) (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Kawasan Pembangunan ASEAN-Timur Filipina) dan seterusnya diikuti oleh bengkel yang telah diadakan pada 21hb Ogos 2019.

Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi pembukaan mesyuarat ialah Yang Mulia Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Perindustrian) Kementerian Tenaga, Tenaga Manusia dan Perindustrian.

Juga hadir ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Tenaga, Tenaga Manusia dan Perindustrian, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Pusat Fasilitasi BIMP-EAGA dan Majlis Perniagaan BIMP-EAGA.

Antara lain, tujuan Mesyuarat diadakan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama diantara negara-negara ahli dalam usaha bersama untuk mengukuhkan 'Energy Security' serantau melalui pembentukan interkoneksi tenaga, menggalakkan pembangunan projek, kerjasama dalam bidang Tenaga Manusia, Penyelidikan dan Pembangunan dan memperbaiki kualiti dan ketahanan sistem perbekalan elektrik.

Memandangkan Negara Brunei Darussalam menduduki tempat sebagai Pengerusi BIMP-EAGA Power and Energy Infrastructure Cluster (PEIC) pada masa ini, mesyuarat selazimnya dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Abdul Aziz bin Abdullah, Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia), Brunei Darussalam.  

Mesyuarat telah membincangkan pelbagai isu termasuk projek BIMP-EAGA PEIC bagi Tahun Kewangan 2018/2019. Ini termasuk focus keatas empat keutamaan strategik: Keutamaan Strategik 1: Membentuk kaedah bagi mempertingkatkan pengelibatan kerajaan-kerajaan tempatan, utiliti tenaga dan sektor swasta; Keutamaan Strategik 2: Menyediakan alam sekitar yang kondusif untuk menggalakkan pelaburan dalam bidang tenaga oleh kerajaan-kerajaan nasional; Keutamaan Strategik 3: Mempertingkatkan kerjasama dan mengukuhkan perlaksanaan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui dan memperbaiki akses tenaga di kawasan-kawasan pendalaman; Keutamaan Strategik 4: Menggalakkan kecekapan tenaga dan pemeliharaan.

Dalam ucapan beliau, Tetamu Kehormat, Yang Mulia Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab menekankan, projek-projek 'power interconnection' merupakan kunci utama dalam mencapai Sub-Serantau BIMP-EAGA yang berdaya-tahan, 'inclusive' dan mampu bersaing dari segi ekonomi. Tambah beliau, projek-projek ini merupakan kunci utama untuk mencapai Visi BIMP-EAGA 2025 dan ini mempertingkatkan lagi perlaksanaan projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui termasuk solar yang turut memainkan peranan yang utama kearah ini.

Sebelum mesyuarat diadakan, bengkel telah diadakan pada 21hb Ogos bertajuk "Solar PV Levelized Cost of Electricity" dibawah naungan BIMP-EAGA ke-7 (Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Kawasan Pembangunan ASEAN-Timur Filipina) Power and Energy Infrastructure Cluster (PEIC). Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh pakar-pakar dari International Renewable Energy Agency (IRENA), iaitu Awang Carlos Ruiz dan Awang Juan Gabriel Castellanos Vasconez.

Tujuan utama bengkel diadakan ialah untuk menyediakan pentas bagi menilai dan berkongsi segala cabaran dan kemunduran yang dihadapi oleh projek-projek Renewable Energy (RE) dan mengguna-pakai alat-alat pembangunan projek RE. Para peserta juga turut diberi penerangan mengenai pembiayaan projek dan kaedah untuk penilaian prestasi.

Berucap semasa bengkel diadakan, Yang Mulia Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga, Tenaga Manusia dan Perindustrian telah menyeru agar para peserta bengkel mengambil kesempatan untuk belajar dari pakar-pakar IRENA. Beliau menambah, sumber-sumber tenaga dalam kawasan BIMP-EAGA masih belum diterokai sepenuhnya dan berharap agar bengkel ini akan mendorong kearah pembangunan projek PV dan perlaksanaannya dalam kawasan 'sub-region'.

Bengkel telah dihadiri oleh 35 orang peserta yang mewakili 4 buah negara-ahli BIMP-EAGA termasuk beberapa syarikat tempatan dan serantau, pertubuhan dan ejensi-ejensi kerajaan, institusi penganjian tinggi, pengendali-pengendali Minyak & Gas Brunei, badan-badan berkanun dan Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Brunei Darussalam (BDBEBC).

BIMP-EAGA telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai satu inisiatif kerjasama sub-regional untuk menangani dan mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi ke-empat empat negara ahli. Dikategorikan sebagai tunjang penghubung BIMP-EAGA, rumusan dari mesyuarat BIMP-EAGA PEIC dan segala usul dan cadangan akan dilapurkan ke Mesyuarat BIMP-EAGA Senior Officials Meeting.


Attachments
Created at 9/11/2019 1:54 PM by David Anak Bujang
Last modified at 9/11/2019 1:54 PM by David Anak Bujang